Dulu aku pernah dengar dan baca dalam novel tentang
orang buta yang cerah hati. Yakni orang tak boleh melihat secara zahir tetapi
ternyata ‘nampak’ benda yang rohaniah.
Hari ni,aku sendiri melalui kebenaran di sebalik kata-kata tersebut. Ceritanya begini,imarah(bangunan) yang bersebelahan dengan imarah yang aku tinggal ni ada seorang tua yang buta. Namanya Ali. Aku panggilnya Ammu(pakcik,panggilan umum untuk org dewasa kat sini) saja. Untuk lebih sedap biar aku panggil dia Ammu Ali saja lah.
Sejam sebelum Zuhur tadi,aku berjalan pulang ke rumah dari membeli sedikit roti untuk makan tengahari. Selepas itu terserempaklah aku dengan Ammu Ali tersebut. “Mesti nak ke masjid pakcik ni..”,fikirku.

Tanpa berlengah aku terus menegurnya,
“Assalamualaikum
Ya Amm”,sapaku.
“Waalaikummussalam,izayyak
ya sodiq..?!” Keramahannya terserlah dengan langsung menjawab salam daripadaku
dan bertanyakan khabarku sekaligus.