Friday, November 23, 2012

Saya Mestilah Muslim dari Sudut Ibadah

Bismillahi Rahmanir Rahim

Nahmaduhu wa nusolli 'ala Rasulihil Karim. Rabbi syrahli sodri wayassirli amri wahlul 'uqdatan millisaani yafqohu qauli


Rakan-rakan yang saya sayangi sekalian,moga kalian sentiasa berada dibawah naungan rahmat dan ksaih sayangNya,

Perbentangan saya bertajuk "Saya Mestilah Muslim dari Sudut Ibadah".

Kenapa saya mestilah Muslim dari sudut ibadah atau lebih jelas lagi melakukan ibadat yag disuruh dalam Islam adalah satu kewajipan? Untuk tahu jawapannya kita kena tahu terlebih dahulu apa maksud ibadat.

Ibadat dalam Islam bermaksud kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerndahan diri kepada Allah. Juga ia juga merupakan kemuncak merasai keagungan Tuhan yang disembah. Oleh yang demikian,Islam telah menetapkan supaya hidup seorang muslim itu sentiasa dipelihara agar menjadi ibadat dan ketaatan kepada Allah swt. Firman Allah swt :


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki
pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan
kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian
makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,
lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)


Firman Allah swt lagi :


Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-
An'am 6: Ayat 162)


Tuan-tuan yang mulia,

Ibadat ini juga akan memberi kesan mendalam terhadap perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Sekaligus telah menyahut seruan Allah berkenaan dengan hablum minallah wa hablum minannas. Maka bila terlaksananya akan hal itu,redhaNya pasti bersama kita,insyaAllah.

Di samping itu,harus diketahui sesuatu yang berguna itu semestinya dilaksanakan dengan cara yang betul. Begitu juga halnya dengan ibadat. Dalam melakukan ibadat kita wajib melakukannya dengan mengikuti peraturan sehabis baik. Jadi,di sini,siapa yang akan menjadi model untuk kita melakukan ibadat? Tentu sekali kita punya idola,ar Rasul SAW. Secara zahiriah dan rohaniah kita diwajibkan mengikuti baginda SAW.

Dari aspek spiritual berkenaan ibadah,kita mestilah melaksanakan ibadat yang berhubung dengan Tuhan iaitu  yang mencapai "martabat keihsanan dalam beribadah". Maksudnya kita melakukan ibadat seolah-olah kita dapat melihat Allah swt. Dan kalau kita rasa tak mampu sedemikian maka kita mesti yakin yang Allah sentiasa melihat kita.

Selain itu,ibadat yang kita lakukan hendaklah disertai rasa khusyuk. Khusyuknya ibadat itu hingga kita dapat merasai kelazatan atau kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya. Kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya telah kita buang dan lupakan maka dengan itu dapatlah kita rasai kehadiran Allah semasa beribadat. Untuk dapat perkara-perkara yang tersebut di atas semestinya memerlukan latihan. Jadi latihlah diri kita dengan ibadat sunnat yang digalakkan oleh Allah dan pesuruhNya.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,

Dalam meningkatkan mutu dan kualiti ibadat kita,marilah kita lazimi diri dengan membaca al-Quran. Mukjizat agung yang terpelihara hingga ke hari qiamat ini tidak boleh tidak kita mesti tadabbur ia semampu kita. Nabi saw bersabda :


"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu
menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-
Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang
berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi
yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok
yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan
ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah
Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari
bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam,
Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Riwayat Al-Hakim)

Setelah perbetulkan niat,menyelami maksud Kalamullah dalam proses untuk perbaiki ibadat kita,janganlah kita lupa menadah tangan untuk berdoa kepadaNya. Ini kerana doa merupakan senjata orang mukmin. Doa juga merupakan otak kepada ibadat dan kita mesti menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup. Untuk itu saya mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w atau dengan penuh takut dan harap menyatakan rayuan kita kepada Rabbul Jalil.

Demi menjadikan hidup kita sentiasa dalam mode beribadat kepada Allah, Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita. Baginda telah mengajarkan kita supaya berdoa dalam segala situasi kehidupan. Dari bangun tidur hingga ke kita hendak tidur semula. Semua ada doanya.!

Wahai teman seperjuangan sekalian,

Kesimpulannya,ingin saya menegaskan bahawa perlunya ibadat sebagai pelengkap "rukun" beriman. Hal yang demikian kerana seseorang yang mengatakan dia beriman adalah melalui 3 perkara;
a. Mengucapkan dengan lidah
b. Membenarkan dengan hati
c. Beramal dengan anggota

Namun,harus diingat,betapa banyak sekalipun ibadat kita,yang memberi taufiq dan hidayat untuk melakukan adalah Dia yang Maha Berkuasa. Malah,Dia yang berupaya memasukkan kita ke syurga dengan rahmatNya bukan semata-mata dengan sehebat atau sebanyak mana pun ibadat kita. Oleh itu cari lah jua keredhaan Allah dengan beribadat.

Sekian,wasalam.




Monday, November 12, 2012

Menjadi Ibu Generasi – Kunci Kedua : Ilmu yang luas


 

Picture by Pengiran M. Badi’uzzaman of Langit Ilahi




Para Ibu, Sanggupkah Kita Membesarkan Pemimpin Masa Hadapan Dengan Sebuah Kejahilan?
Ayuh Bersama Tingkatkan Ilmu!



Pendahuluan – Kisah bayi koma

Ketika blog-walking, saya terjumpa berita yang ditulis oleh seorang doktor tentang kisah seorang bayi berusia empat bulan yang mengalami koma setelah diberi susu formula yang dicampurkan air yang melebihi sukatan yang ditetapkan.
Hal ini terjadi disebabkan ibu kepada bayi tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmubahawa bayi bawah 6 bulan tidak boleh diberikan air lebih daripada kadar yang sepatutnya kerana air tersebut akan menjadi racun kepada bayi tersebut. Akibatnya, bayi tersebut menjadi sawan dan kemudiannya koma tidak sedarkan diri.

Apabila membaca kisah tragis tersebut, hati menjadi pilu.  Saya terfikir, kekurangan ilmu (dalam konteks di atas, ilmu sains) pada seorang ibu mengakibatkan nyawa si bayi terancam. Bagaimana pula kekurangan ilmu deen dan ilmu-ilmu lain? Apakah kesan dan akibatnya kepada si anak nanti?

Bahkan dalam urusan menjaga kesihatan jasmani anak sekalipun, seorang ibu memerlukan ilmu yang cukup. Inikan pula dalam urusan menjaga dan memperkembangkan seluruh potensi anak dalam aspek ruhani, emosi dan intelektual anak agar dia membesar menjadi seorang Hamba Allah yang cinta dan patuh kepada Rabbnya. Tentu seorang ibu itu memerlukan ilmu yang luas, setuju?

Maka, di sini ingin saya kongsikan pula kunci kedua untuk menjadi seorang ibu generasi  yang luas biasa iaitu memiliki ilmu pengetahuan yang luas.

Ilmu itu membezakan

Akhowat yang dikasihi Allah SWT,
Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar (39): 9 yang bermaksud;
“Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”

Begitu juga dalam konteks kita para muslimah, dalam usaha kita untuk menjadi seorang ibu generasi. Adalah amat berbeza seorang ibu yang memiliki ilmu dengan seorang ibu yang tidak memiliki ilmu dalam mengurus dan mengendalikan anak-anaknya. Lihat saja dua sketsa dibawah ini sebagai renungan bersama.

Dua orang ibu menghantar anak masing-masing yang berumur 3 tahun ke sebuah taska. Perhatikan cara kedua ibu ini mengendalikan anak masing-masing.

Situasi A
Anak      : Ummi, kenapa kakak perlu ke sekolah? (bertanya dengan wajah yang monyok)
Ummi    : Kakak rasa kenapa ya?
Anak      : Sebab ummi nak kakak pandai.
Ummi    : Alhamdulillah, bagus anak ummi.
Anak      : Tapi, Ummi, kenapa kakak mesti belajar di sini? Kalau belajar di rumah tak boleh ke?
Ummi    : Kakak solehah, kakak rasa kenapa ummi hantar kakak ke sini?
Anak      : Sebab Ummi perlu pergi kerja ke?
Ummi    : Bijak anak ummi ni…! Ummi perlu bekerja. Kakak duduklah baik-baik di sekolah ya. Nanti petang ummi ambil ya. Insya-allah.
Anak      : Tapi, Kenapa ummi perlu pergi kerja?
Ummi    : Kakak rasa kenapa?
Anak      : Macam ummi selalu kata, “Sebab ummi nak beri yang terbaik untuk anak-anak ummi..”
Ummi    : Masya-allah, anak ummi sangat pandai! Okay sayang, ummi pergi dulu. Ummi sayang kakak selalu. Doakan ummi ya!
Anak      : …….. Okay…..

Situasi B
Anak      : Ummi, kenapa kakak perlu ke sekolah?
Ummi    : Sebab kakak perlu belajar banyak perkara.
Anak      : Kenapa kakak mesti belajar, ummi? Kenapa kakak tak boleh belajar di rumah?
Ummi    : Kakak, kan ummi kata kakak kene pergi sekolah. Pergi je la. Petang nanti ummi datang ambil ya.
Anak      : Nak balik rumah…. Tak nak pergi sekolah….!!
Ummi    : Shh… Jangan nangis-nangis. Jangan nakal-nakal. Ummi pergi dulu. Assalamu’alaikum.
Anak      : Waaaaa (menangis)


Sisters yang dikasihi Allah SWT,

Berdasarkan situasi di atas, apakah yang dapat anda simpulkan?
Kelihatan ibu di situasi A lebih tahu tentang psikologi perkembangan anaknya berbanding ibu di situasi B, bukan?

Mengikut kajian ilmu psikologi, salah satu tanda perkembangan sihat pada akal anak-anak ialah mereka mula banyak bertanya. Pertanyaan mereka disebabkan oleh banyak faktor, sama ada si anak benar-benar ingin mengetahui, atau pertanyaannya itu hanya merupakan cara mereka hanya mahu menzahirkan protes mereka terhadap sesuatu tindakan.

Si ibu di situasi A meraikan kesedihan dan pertanyaan anaknya dengan bertanyakan soalan kembali dan memberikan penjelasan dengan penuh kesabaran kepada anaknya. Tindakan si ibu ini meninggalkan kesan positif kepada emosi anak yang ditinggalkan. Sebaliknya, ibu di situasi B tidak berbuat demikian, maka kesan kepada anak yang ditinggalkannya juga berbeza.

Kedua-dua ibu di atas tentu sahaja amat menyayangi anak-anak mereka, tetapi bagaimana mereka mengendalikan anak mereka sedar ataupun tidak dipengaruhi oleh ilmu yang mereka ada.

Maka, dalam usaha kita untuk menjadi seorang ibu yang luas biasa, yang menjadi batu asas kepada sebuah generasi yang hebat, tentu saja kita mesti berusaha untuk memiliki sesuatu yang dapat mengangkat darjat kita di sisi Allah SWT iaitu ilmu pengetahuan.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadalah (58) : ayat 11 yang bermaksud
“…nescaya Allah akan meninggikan orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat.”

 Ilmu apa yang perlu dikuasai itu?

“Ilmu Allah ni luas la, awak.. Ilmu apa yang saya perlu kuasai sebagai syarat minimum untuk saya menjadi seorang ibu yang baik?” tanya seorang teman kepada saya.
Saya terdiam. Betul juga tu. Ilmu Allah SWT itu luas, ilmu apa yang harus dikuasai seorang wanita muslimah dalam usaha untuk mempersiapkan diri menjadi seorang ibu generasi?

Ketika sibuk merujuk bahan-bahan fikrah yang ada, tiba-tiba suami tercinta menghulurkan buku catatannya.
“Sayang, ini senarai ilmu yang seorang murabbi (pendidik) perlu ada. Al-Marhum Ustaz Dahlan yang kongsikan dulu masa di sekolah. Mana tau ada manfaatnya.”
Menarik dan sangat bermanfaat. Senarai yang memang dicari-cari!

Maka di sini, saya kongsikannya.

1)      Ilmu syara’ (syari’at)
Ilmu yang pertama harus dimiliki oleh seorang ibu generasi ialah ilmu syara’.
Apa itu ilmu syara’?
Ilmu syara’ atau syariat islam ialah ilmu terkait hukum dan aturan Islam  yang sempurna dan menyeluruh mencakupi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.

Contoh ilmu syara’ yang dekat dengan kita ialah ilmu tentang kewajipan solat, cara-cara mendirikan solat, ganjaran mendirikan solat dan hukuman meninggalkan solat. Sumber utama ilmu syara’ ini adalah Al-Quran, Hadith, Ijma’, Qiyas dan Ijtihad. Namun, tidak dapat tidak, ilmu syara’ ini mesti ditelusuri dengan keimanan total kepada Allah taala.

Sebagai seorang ibu Muslimah yang berhajat melahirkan anak-anak Muslim yang mencintai Deen mereka , sanggupkah kita membiarkan diri kita jahil pada ilmu yang hakikatnya wajib (fardu ain) dihayati oleh setiap umat Islam ini? Tentu jawapannya tidak, bukan?

Bagaimana seorang Muslimah dapat mempelajari ilmu ini?
Antara jalan-jalannya ialah dengan banyak membaca buku-buku Islam dan kerap menghadiri program-program islam seperti usrah, seminar dan nadwah yang dianjurkan di tempat masing-masing. Selain itu, para wanita boleh mempelajari ilmu syara’ dalam halaqoh keluarga yang diadakan oleh suami atau ayah masing-masing (note: para suami dan ayah, ini tanggungjawab anda yang mesti ditunaikan!).

Tak lupa juga, kepada mereka yang ada kemudahan televisyen dan radio, anda juga boleh mengikuti program islam yang dikeudarakan terutama dalam stesen tv dan radio islamik seperti TV Al-Hijrah dan IKIM.
Insya-allah, sekiranya kita serius dalam menuntut ilmu Islam yang akan membantu kita menjadi Muslim yang lebih baik, besar keberkatan yang dijanjikan.

Teringat kata-kata seorang ‘ulama mujtahid, Imam Al-Maududi dalam kitabnya, Dasar-dasar Islam;

“Anda selalu bersikap penuh perhatian dalam mengerjakan sawah ladang anda, mengairi dan melindungi tanaman-tanaman anda, memberi makan ternak anda dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang bersangkut paut dengan matapencarian anda yang lain. Kerana, bila anda tidak bekerja dengan penuh perhatian, anda pasti akan kelaparan dan kehilangan sesuatu yang sangat berharga bagi anda, yakni nyawa anda. Maka, kenapa anda tidak bersikap serius dan bersunguh-sungguh dalam mencari ilmu pengetahuan, yang pada pengetahuan inilah bergantungnya hakikat anda disebut sebagai seorang Muslim dan hidup seterusnya sebagai seorang Muslim?”


2)      Ilmu waqi’ (semasa)

Seterusnya, ilmu kedua yang diperlukan oleh seorang ibu generasi ialah ilmu waqi’.
Apa itu ilmu waqi’?

Ilmu waqi’ bermaksud ilmu realiti semasa. Ilmu-ilmu ini adalah satu keperluan dan ilmu harus dipelajari dengan berpaksikan iman dan syara’. Sumber ilmu ini adalah melalui kajian, pemerhatian, pengembaraan dan pengalaman mereka yang mengkaji. Contohnya ilmu waqi’ yang mesti dikuasai ialah ilmu penjagaan bayi, ilmu pemakanan sihat bayi dan kanak-kanak, ilmu mengajar anak berbahasa dan sebagainya.

Ilmu ini sangat penting yang sekiranya kita tidak milikinya berkemungkinan mengancam nyawa si anak seperti apa yang terjadi dalam kisah yang saya kongsikan di permulaan tulisan ini.

Bagaimana anda boleh dapatkan ilmu waqi’ ini?
Sama sahaja. Banyaklah membaca bahan-bahan ilmiah dan bermaklumat seperti majalah Mami&Baby, website Baby centre dan lain-lain. Hadirkanlah diri ke kelas-kelas atau seminar-seminar keibubapaan yang dianjurkan. Tontonlah rancangan-rancangan dokumentari yang terkait dengan keibubapaan.
Bunyinya mudah, bukan? Tapi, semaklum saya, berapa ramai ibu yang tidak ambil berat dengan usaha mendapatkan ilmu-ilmu realiti semasa ini.

3)      Ilmu nafs (psikologi)

Akhir sekali, ilmu yang amat-amat diperlukan oleh seorang ibu generasi dalam menghasilkan anak-anak yang hebat ialah ilmu nafs atau bahasa modennya ilmu psikologi.
Apa itu ilmu nafs?

Ilmu nafs ringkasnya ialah ilmu mengenal fitrah manusia. Firah manusia ini termasuklah jiwa, emosi, personaliti, perasaan dan watak manusia. Sumber ilmu ini boleh dirujuk daripada kajian, pemerhatian, pengembaraan dan pengalaman pengkaji yang tidak bertentangan dengan kedua-dua sumber asas islam iaitu Al-Quran dan Assunnah.

Hakikatnya ilmu nafs ini adalah sebahagian daripada ilmu waqi’. Namun, Al-Marhum Ustaz Dahlan menyebutnya secara khusus kerana beliau ingin menegaskan kepentingan penguasaan ilmu ini bagi seorang murabbi (pendidik).
Begitulah juga kita sebagai seorang ibu, pendidik utama dan pertama kepada seorang bayi. Amat penting kita menguasai ilmu mengenal fitrah jiwa, emosi dan perasaan anak kecil kita demi memastikan kita dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah mendidik mereka dengan sebaik mungkin.
Contoh pengaplikasian ilmu nafs adalah seperti dua dialog di atas.

Penutup – Kisah mama bosan

Akhowat yang dikasihi Allah SWT,
Telah saya mulakan tulisan ini dengan sebuah kisah benar, maka ingin saya akhiri tulisan ini  juga dengan sebuah kisah benar.
Mungkin para akhowat maklum tentang kisah ‘Mama Bosan’ yang pernah dihebohkan di akhbar dan siaran-siaran radio minggu lalu, bukan?

Ya, kisah mama bosan tersebut ialah terkait dengan seorang ibu muda berusian 20-an yang kebosanan dengan tugasnya sebagai surirumah. Si ibu itu kemudiaannya menghabiskan masa di salah satu pusat siber selama 8 jam hampir setiap hari semenjak tahun lalu untuk bermain permainan komputer sehingga sanggup membiarkan anak kecilnya kelaparan.

Hati siapa yang tak sebak mengenangkan keadaan anak kecil tersebut. Tetapi, saya lebih lebih lagi berasa kesal dengan si ibu tersebut. Pada saya, kalau melihat senarai ilmu di atas pun dah cukup untuk seorang wanita yang ingin menjadi ibu yang hebat punya masa untuk dihabiskan dengan sia-sia, bukan?

Walaupun menjadi seorang surirumah (yang tak dibebani dengan tugas di tempat kerja), bagaimana kita boleh menjadi bosan sedangkan terlalu banyak yang boleh dilakukan, terutama dalam usaha menambah ilmu pengetahuan? Sama-sama kita renungkan, kalau tak pun ilmu itu tidak berguna untuk dirinya, ilmu itu pasti berguna untuk anak-anak kita! Allahuakbar…

Konklusinya, tidak dapat tidak, jom kita bertindak serius dalam menambahkan ilmu pengetahuan kita sekiranya kita serius untuk menjadi ibu kepada sebuah generasi yang hebat! Yosh!

P/s : Artikel dipetik daripada sini (LangitIlahi.com). Sila rujuk jika ke artikel asal jika ada apa2 kesalahan.

Saturday, November 10, 2012

Pelangi Hidup

Orang ada bermacam-macam ragam. Ada yang begitu dan ada yang begini.

Kalau kita cuba tiru orang lain nescaya takkan dapat. Kerana manusia itu macam-macam ragam dan sedar atau tidak kita juga merupakan salah satu daripada variasi tersebut.

Maka cubalah fahami kelebihan dan kelemahan diri sendiri agar hidup lebih bererti. Untuk kenal diri sendiri hendaklah melalui orang yang mengenal diri kita. Siapa mereka? Siapa lagi kalau bukan orang disekeliling kita. Ibu,ayah,adik-beradik,saudara mara,sahabat handai dan tetangga kita. Perteguhkan silaturrahim dengan mereka.

Namun,yang Maha Mengetahui tentang diri kita tentulah Allah SWT. Dekatkanlah diri kita kepadaNya. Nescaya jumpa objektif sebenar hidup di dunia.

Hopes and Fears

Harap dan Takut.

Begitulah hidup aku sebagai seorang hamba yang hina di sisiNya.

Berharap bahawa setiap perkara kebaikan aku buat diterimanya. Dalam masa yang sama takut sekiranya tak diterima. Lebih takut sekiranya hati aku dicabut daripada hidayahNya sekaligus hilang keinginan ke arah kebaikan.

Aku nak jadi individu muslim yang cemerlang. Ini langkah pertama aku untuk melaksanakan 6 lagi "Maratibul Amal" yang lebih berat dan memerlukan pengorbanan yang besar.


Sunday, November 4, 2012

Kembali Seperti Biasa

Alhamdulillah telah selesai event Cultural Day yang memakan masa selama 2 hari (3-4 November). Program Cultural Day ni telah dianjurkan oleh PERUBATAN Caawangan Tanta (PCT) dengan kerjasama Student Union,Flash Family,Kelmetna, Life Maker of Tanta University.

Bertemakan Embrace the Similarities Celebrate the Differences, program telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Kata orang lain la sebab aku tak pergi pun pameran pada 4 November tu. Huhu. But still, personally aku rasa program ni sukses ditambah pula dengan kehadiran dan juga kemeriahan yang ditunjukkan oleh kedua2 pelajar, Malaysia dan Mesir.

Aku hanya terlibat dalam persembahan silat pada malam perasmian dan persembahan kebudayaan untuk majlis ni aje. Berkenaan hari kedua, terdapat pameran dari pelajar Malaysia dan juga pelajar Mesir. Aku tak ambil pot sebab malas. Silat tu pun sebenarnya aku tak mahu join tapi sebab tak ramai dan tak cukup orang katanya jadi aku join juga lah akhirnya. Tapi lepas tu rasa best pulak buat persembahan kali ni. Ya lah. Kira rasa rasa berbaloi jugalah berlatih hampir setiap hari dalam masa lebih kurang seminggu lebih. Hehe.

Untuk selanjutnya, kita biar gambar bercerita:


Aku terlibat 3 Nov jer. Yg 4 Nov tu tak terlibat langsung

Tentatif Malam Perasmian Dan Persembahan




Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan "Biladi"


Pemandangan dari tempat duduk akhawat


Selepas ucapan alu-luan dan perasmian yang boring apa sume tu, maka bermula la persembahan; 


Persembahan pertama tarian yang mengambungkan 3 unsur kaum utama di Malaysia 
iaitu Melayu,Cina dan India

Diikuti dengan simulasi perkahwinan dan paluan kompang

Kemudian,persembahan silat 
(penonton terhibur dgn permainan parang Vs tongkat selengan) 





Gambar selepas persembahan 1 
(aku tertidor ke masa ni??)

Gambar selepas persembahan 2

Gambar selepas persembahan 3


Ewah2.! Persembahan Dikir Barat pun ada. :D

Selepas selingan cabutan bertuah dan entah apa lagi aku tak jelas sebab dok belakang dewan.

Bermula lah pertunjukan kebudayaan Arab pula;



Tarian Tandura
(bukan stakat "skirt" dia pakai je berpusing dan 

ada lampu tapi dia pn berpusing gak)

Tu dia,sambil baring pun boleh lagi brader ni.

Ni tarian pegang tongakt apa ntah. Lupa :P hihii
Ni persembahan last sekali.Sume y buat persembahan naik atas pentas,dan
menyanyikan lagu One Big Family-Maher Zain

Akhir kata, ini lah serba sedikit gambaran persembahan yang telah berlangsung pada malam 3 November untuk program Cultural Day pada tahun ni. Keesokan harinya aku malas nak tulis dalam ni sebab aku sendiri pun tak pergi. Hehe. In the nutshell, program sebegini amatlah bagus untuk bukan sahaja mengeratkan ukhuwwah sesama pelajar Malaysia sendiri bahkan antara Malaysia-Mesir juga.
Sebelum itu, layan dulu lagu ni :