Alhamdulillah telah selesai event Cultural Day yang memakan masa selama 2 hari (3-4 November). Program Cultural Day ni telah dianjurkan oleh PERUBATAN Caawangan Tanta (PCT) dengan kerjasama Student Union,Flash Family,Kelmetna, Life Maker of Tanta University.
Bertemakan
Embrace the Similarities Celebrate the Differences, program telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Kata orang lain la sebab aku tak pergi pun pameran pada 4 November tu. Huhu. But still, personally aku rasa program ni sukses ditambah pula dengan kehadiran dan juga kemeriahan yang ditunjukkan oleh kedua2 pelajar, Malaysia dan Mesir.
Aku hanya terlibat dalam persembahan silat pada malam perasmian dan persembahan kebudayaan untuk majlis ni aje. Berkenaan hari kedua, terdapat pameran dari pelajar Malaysia dan juga pelajar Mesir. Aku tak ambil pot sebab malas. Silat tu pun sebenarnya aku tak mahu join tapi sebab tak ramai dan tak cukup orang katanya jadi aku join juga lah akhirnya. Tapi lepas tu rasa best pulak buat persembahan kali ni. Ya lah. Kira rasa rasa berbaloi jugalah berlatih hampir setiap hari dalam masa lebih kurang seminggu lebih. Hehe.
Untuk selanjutnya, kita biar gambar bercerita:
 |
| Aku terlibat 3 Nov jer. Yg 4 Nov tu tak terlibat langsung |
 |
| Tentatif Malam Perasmian Dan Persembahan |
 |
| Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan "Biladi" |
|
 |
| Pemandangan dari tempat duduk akhawat |
Selepas ucapan alu-luan dan perasmian yang boring apa sume tu, maka bermula la persembahan;
 |
Persembahan pertama tarian yang mengambungkan 3 unsur kaum utama di Malaysia
iaitu Melayu,Cina dan India
|
 |
Diikuti dengan simulasi perkahwinan dan paluan kompang
|
 |
Kemudian,persembahan silat
(penonton terhibur dgn permainan parang Vs tongkat selengan)
|
|
|
 |
Gambar selepas persembahan 1
(aku tertidor ke masa ni??) |
 |
| Gambar selepas persembahan 2 |
 |
| Gambar selepas persembahan 3 |
 |
Ewah2.! Persembahan Dikir Barat pun ada. :D
|
Selepas selingan cabutan bertuah dan entah apa lagi aku tak jelas sebab dok belakang dewan.
Bermula lah pertunjukan kebudayaan Arab pula;
 |
Tarian Tandura (bukan stakat "skirt" dia pakai je berpusing dan
ada lampu tapi dia pn berpusing gak)
|
 |
| Tu dia,sambil baring pun boleh lagi brader ni. |
 |
Ni tarian pegang tongakt apa ntah. Lupa :P hihii
|
 |
Ni persembahan last sekali.Sume y buat persembahan naik atas pentas,dan
menyanyikan lagu One Big Family-Maher Zain |
Akhir kata, ini lah serba sedikit gambaran persembahan yang telah berlangsung pada malam 3 November untuk program Cultural Day pada tahun ni. Keesokan harinya aku malas nak tulis dalam ni sebab aku sendiri pun tak pergi. Hehe. In the nutshell, program sebegini amatlah bagus untuk bukan sahaja mengeratkan ukhuwwah sesama pelajar Malaysia sendiri bahkan antara Malaysia-Mesir juga.
Sebelum itu, layan dulu lagu ni :
No comments:
Post a Comment