Thursday, February 21, 2013

Jahat


Adapun kita sebagai manusia mempunyai musuh masing-masing.

Ada yang bermusuh dengan musuhnya.
Ada yang bermusuh dengan keluarganya.
Ada yang bermusuh dengan kawannya.
Ada yang bermusuh dengan orang yang tidak bersependapat dengannya.
Ada yang bermusuh dengan orang yang tak sebangsa dengan dirinya.
Ada yang bermusuh dengan yang tidak seagama dengan dirinya.

Namun, ingatlah kita (sebagai muslim) mempunyai 2 musuh utama;

1. Syaitan
2. Nafsu

Si Bijak tetapi lemah

Dia adalah Syaitan Laknatullah. Sangat bijak membuat tipu daya supaya manusia melakukan maksiat. Namun, sangat mudah untuk kita menghancurkan tipu dayanya. Apabila saja kita ter'bisik' dengan perkara mungkar dan di saat itu kita teringat atau takut akan Allah swt maka lebur lah helah si durjana itu.

Astagfirullah- aku memohon keampunan daripada Allah.

Ini bukan kata-kata saya. Ini adalah kalamNya;

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.




Si bodoh yang kuat

Tak lain dan tak bukan ianya adalah nafsu dalam diri kita. Nafsu itu amatlah kuat sehingga jika ingin melakukan perkara mungkar serta tahu ianya amat salah dan berdosa di sisi Allah Taala namun jika kita gagal mengekang nafsu maka melakukanlah kita akan kemungkaran tersebut dengan tanpa rasa malunya kita kepada Allah swt.

Nafsu diibaratkan oleh para ulama seperti binatang tunggangan. Jadi untuk menjinakkan binatang tunggangan (nafsu) ini ada 2;

1. Kurangkan makanan
2. Sibukkan dengan perkara-perkara lain

Puasa banyak hikmahnya. Sebab itu lah sangat beruntung muslim ada 1 bulan yang mulia dan penuh barakah setiap tahun iaitu Ramadhan al Mubarak. Di samping itu, sibukkan lah diri kita dengan perkara-perkara kebaikan sebelum kita disibukkan dengan perkara yang lagha.

Akhir kata,

InsyaALLAH mari lah sama-sama kita hayati,amalkan dan sampaikan kepada org lain.

P/s : Tazkirah di atas dipetik dan di edit daripada seorang ustaz kat sini. Aku bukan lah baik sangat. Tapi nak cuba jadi baik. Mohon sesiapa yg dah baik tolong ajar aku jadi baik. :D