Tuesday, July 9, 2013

Bulan yang mulia dan penuh keberkatan.

Ramadhan tiba lagi.

Datanglah wahai bulan yang penuh keberkatan.
Datanglah wahai bulan yang siang harinya mulia.
Datanglah wahai bulan yang malam harinya mulia.




Thursday, June 13, 2013

Pemergian Papa.

Tarikh 12 Jun 2013 bersamaan 3 Syabaan 1434 Hijriah jam 10 pagi waktu Malaysia.

Aku telah kehilangan seorang ayah. Sewaktu mula2 menerima berita tersebut. Aku seolah2 berada di alam mimpi. Sukar untuk mempercayainya. Namun, redha dan pasrah kepada Ilahi yg menjadi penguat diri.

Sebagai seorang anak yang masih hidup. Hanya kalungan doa yg dapat aku kirimkan kepada beliau.

Kalau diikutkan memang banyak ingin aku tulis berkenaan papa tapi hati ini rasa sebak dan masih belum mampu lagi untuk meluahkannya di sini. Mungkin di lain masa akan ku tuliskan.

Al fatihah untuk papa.

Thursday, May 23, 2013

That feeling...

Have you ever felt that you're gonna blow something out?

Yes. I am now.

The exam is just a few days ahead and my preparation isn't complete yet.
I don't what to do now. I'm just like going with the flow.

Till then, I'll see you around.

Sunday, April 14, 2013

Makan,Tidur dan Malas.

Sambil-sambil kebingungan dan kecuakan di musim2 nak dekat exam ni sebab banyak benda nak kena buat, baik aku update blog ni. Tu lah pasal, buat sesuatu selalu last minute macam ni lah jadinya.

Pada pendapat aku, tiga perkara ni berkait rapat dalam kehidupan kita, iaitu;

Makan, Tidur dan Malas.

Ketiga-tiga benda ni kita buat tak boleh lebih dan tak boleh kurang.
Makan berlebihan tak elok dan terlampau kurang makan sakit juga.
Tidur kurang badan tak bermaya tapi terlebih tidur jadi macam bukan manusia pula.
Berlebih2 dan berkurang2 dengan dua perkara di atas akan terbitlah rasa MALAS.

Sedangkan aku nak tulis entri ni pun kena RAJIN. Apatah lagi perkara2 lebih besar yang lain.

Jom kita menjadi orang yang buat sesuatu hingga 'habis'.! 

Tuesday, March 5, 2013

Reka letak dan Aku.

Entri ini adalah sangat rawak. Pertama sekali aku nak buat pengakuan. Aku sebenarnya tak pandai @ malas @ pening bila masuk bab2 reka letak ni. Aku lebih senang dengan sesuatu yang lebih simple dan mudah. Contoh nak tentukan layout serta template untuk blog aku ni punya lah pening dan lama aku dok pilih. Last2 hodoh jugak jadinya. :p

Jadi aku buat keputusan untuk teruskan pilih apa2 saja yang aku rasa okey pada mata aku. Hodoh ke, buruk ke. Aku dah tak kisah. Yang penting sekarang ni blog mesti jalan dan dikemaskinikan setakat yang aku mampu. Sebab tu lah tujuan utama aku buat blog. Untuk berlatih mencatat atau menulis. Heh. Mungkin sekarang ni memang tulisan aku merapu dan kosong saja. Tetapi percaya lah lama-kelamaan adalah perkembangannya. Tak banyak pun sikit jadi ler.

Tambahan, ramai kawan-kawan aku ada blog. Dengan aku buat blog ataupun sekurangnya ada account Google bolehlah aku respon kepada mereka. Memanglah blog2 mereka lebih hebat dan bermanfaat untuk dibaca berbanding aku punya tetapi sekurang2nya aku turut menyumbang dalam meramaikan followers diorang dan bagi komen2 mengarut kat entri diorang. Hihihi.

Masa depan blogger ataupun blog itu sendiri aku pun tak tahu. Namun,setakat ini blog masih lagi amat berguna untuk tahu maklumat terkini dan perkongsian peribadi orang lain kepada kita. Boleh juga jadi medium perkongsian idea yang bernas dan sebagainya. Bergantung pada individu itu sendiri jugaklah.

Thursday, February 21, 2013

Jahat


Adapun kita sebagai manusia mempunyai musuh masing-masing.

Ada yang bermusuh dengan musuhnya.
Ada yang bermusuh dengan keluarganya.
Ada yang bermusuh dengan kawannya.
Ada yang bermusuh dengan orang yang tidak bersependapat dengannya.
Ada yang bermusuh dengan orang yang tak sebangsa dengan dirinya.
Ada yang bermusuh dengan yang tidak seagama dengan dirinya.

Namun, ingatlah kita (sebagai muslim) mempunyai 2 musuh utama;

1. Syaitan
2. Nafsu

Si Bijak tetapi lemah

Dia adalah Syaitan Laknatullah. Sangat bijak membuat tipu daya supaya manusia melakukan maksiat. Namun, sangat mudah untuk kita menghancurkan tipu dayanya. Apabila saja kita ter'bisik' dengan perkara mungkar dan di saat itu kita teringat atau takut akan Allah swt maka lebur lah helah si durjana itu.

Astagfirullah- aku memohon keampunan daripada Allah.

Ini bukan kata-kata saya. Ini adalah kalamNya;

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.




Si bodoh yang kuat

Tak lain dan tak bukan ianya adalah nafsu dalam diri kita. Nafsu itu amatlah kuat sehingga jika ingin melakukan perkara mungkar serta tahu ianya amat salah dan berdosa di sisi Allah Taala namun jika kita gagal mengekang nafsu maka melakukanlah kita akan kemungkaran tersebut dengan tanpa rasa malunya kita kepada Allah swt.

Nafsu diibaratkan oleh para ulama seperti binatang tunggangan. Jadi untuk menjinakkan binatang tunggangan (nafsu) ini ada 2;

1. Kurangkan makanan
2. Sibukkan dengan perkara-perkara lain

Puasa banyak hikmahnya. Sebab itu lah sangat beruntung muslim ada 1 bulan yang mulia dan penuh barakah setiap tahun iaitu Ramadhan al Mubarak. Di samping itu, sibukkan lah diri kita dengan perkara-perkara kebaikan sebelum kita disibukkan dengan perkara yang lagha.

Akhir kata,

InsyaALLAH mari lah sama-sama kita hayati,amalkan dan sampaikan kepada org lain.

P/s : Tazkirah di atas dipetik dan di edit daripada seorang ustaz kat sini. Aku bukan lah baik sangat. Tapi nak cuba jadi baik. Mohon sesiapa yg dah baik tolong ajar aku jadi baik. :D

Thursday, January 31, 2013

Tergendala

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru aku ucapkan kepada diri sendiri.

Ya. Memandangkan blog ni aku bukan ada orang baca sangat pun maka logikla ucapan kat atas tu.

Ya. Tahun 2012 sudah sebulan melabuhkan tirai. Sambutan tahun baru dan segala azam tahun baru sudah lama berlalu. Terpulang kepada individu sendiri juga sebenarnya. Cakapla ada 100 azam tahun baru sekalipun tapi jika sikap dan tindakan tak diubah serta dilaksanakan, azam hanya tinggal azam sahaja. Ah, cakap orang buat apa. Aku pula bagaimana? Tiada apa-apa azam tahun baru ke?

Jawapannya tiada. Memang aku tiada apa-apa azam untuk tahun ni.

Jadi kau nak jadi apa? Manusia yang hanyut dalam sungai kehidupan.? Buat kayuh-kayuh tangan untuk berenang daripada lemas dalam masalah pun tak? Memekik meminta pertolongan kepada orang yang ada di tebing penyelesaian pun tak mahu???

Sabar. Bukan begitu. Ya, memang aku cakap aku tak ada azam sebab apa yang aku ada untuk tahun baru ni adalah harapan. Sebetulnya, memang aku tak suka berazam. Biasanya benda yang aku azamkan tu tak berjaya dilaksanakan. Jadi, aku lebih suka berharap dan juga berusaha lah. Takkan berharap semata-mata. Itu bangang namanya. Ianya kelihatan agak sama tapi tak serupa. Apa perbezaan antara azam dan harapan sebenarnya ya? Fikirlah sendiri. Malas nak terangkan.

Okay, selesai soal azam dan tahun baru. Fuhh.. Lega sebab dah lepas pendahuluan. hehehe. Haa. Jangan juga kita lupa atau tak tahu. Kita sebagai muslim ada kalendar Hijriah. Dan kita sebenarnya lebih dahulu berada di tahun baru kalau mengikut takwin hirjriah berbanding kalendar Gregory. Harap2 buku catatan amalan lepas sudah dibuat pembetulan semampu mungkin. Juga buku amalan baru lebih aku jaga daripada catatan yang tidak baik.


Berbalik kepada kalendar Gregory. Bulan Januari bakal berakhir malam ni. Waktu aku menulis ni jam masih lagi belum pukul 12.01 minit. So kat sini masih belum masuk bulan Februari tapi kat Malaysia sudah pagi 1 Februari.

Sebut pasal Januari, aku nak imbas sikit apa peristiwa2 menarik berlangsung sepanjang bulan ni ;

Tengah malam 1 Januari- Macam biasa. Sambutan tahun baru. Kat sini aku tak tahu sambutan dia macam mana sebab aku malas nak ambil port pasal tu. Aku dan teman serumah menjalani kehidupan seperti biasa2 sahaja.

7 Januari- Tarikh lahir aku. Dapat ucapan daripada orang-orang yang disayangi, kawan-kawan alam nyata serta kawan-kawan alam maya (FB n Twitter). Oh ya. Hari tu aku bagi seluruh Mesir cuti umum. hahah.
Sudah tentu tak. Sebenarnya 7 Januari merupakan perayaan Krismas bagi penganut agama Kristian yang bermazhab Koptik. (aku baru tahu)

13-23 Januari- Ujian pertengahan semester (Midterm Examination). Untuk exam ni. Perancangan sebenarnya dah kira okay. Tapi aku pulak yang bermasalah. Tak berdisiplin tuk habiskan@ulangkaji buku2 subjek terlibat sebelum tarikh peperiksaan dekat. Akhirnya, semua jadi last minit. Akibatnya ada subjek yang aku terlebih study sangat dan ada yang tak sempat aku cover sepenuhnya. Tunggu result je lah nanti.

27 Januari- Pergi jalan2 ke Dumyat dengan ex-classmates masa tahun satu. Best jugakla walaupun letih. Sekurangnya lebih menyegarkan dan menyihatkan badan daripada duduk terperap je kat rumah. Pengajaran pun dapat bila berjalan2 ni. Kata orang jauh perjalanan luas permandangan.

27-31 Januari - Aku sebenarnya sedang bercuti. Winter Break selama 15 hari. Dari 14 Jan-8 Februari. Ada kawan2 yang pergi Europe, Umrah dan melawat tempat menarik sekitar Mesir. Aku sehari je pergi Dumyat pastu hari selebihnya tak tahu nak buat apa. heheh. Ah lantak lah diorang. Dah aku takda duit dan kesediaan nak kisah buat apa. Tapi 6-8 Feb ni mungkin turun Cairo kot. Pergi berkenal-kenalan dan berukhuwwah. :p





Itu lah kisahnya tuk bulan Januari nih.

Tammat.