Tuesday, March 5, 2013

Reka letak dan Aku.

Entri ini adalah sangat rawak. Pertama sekali aku nak buat pengakuan. Aku sebenarnya tak pandai @ malas @ pening bila masuk bab2 reka letak ni. Aku lebih senang dengan sesuatu yang lebih simple dan mudah. Contoh nak tentukan layout serta template untuk blog aku ni punya lah pening dan lama aku dok pilih. Last2 hodoh jugak jadinya. :p

Jadi aku buat keputusan untuk teruskan pilih apa2 saja yang aku rasa okey pada mata aku. Hodoh ke, buruk ke. Aku dah tak kisah. Yang penting sekarang ni blog mesti jalan dan dikemaskinikan setakat yang aku mampu. Sebab tu lah tujuan utama aku buat blog. Untuk berlatih mencatat atau menulis. Heh. Mungkin sekarang ni memang tulisan aku merapu dan kosong saja. Tetapi percaya lah lama-kelamaan adalah perkembangannya. Tak banyak pun sikit jadi ler.

Tambahan, ramai kawan-kawan aku ada blog. Dengan aku buat blog ataupun sekurangnya ada account Google bolehlah aku respon kepada mereka. Memanglah blog2 mereka lebih hebat dan bermanfaat untuk dibaca berbanding aku punya tetapi sekurang2nya aku turut menyumbang dalam meramaikan followers diorang dan bagi komen2 mengarut kat entri diorang. Hihihi.

Masa depan blogger ataupun blog itu sendiri aku pun tak tahu. Namun,setakat ini blog masih lagi amat berguna untuk tahu maklumat terkini dan perkongsian peribadi orang lain kepada kita. Boleh juga jadi medium perkongsian idea yang bernas dan sebagainya. Bergantung pada individu itu sendiri jugaklah.

1 comment:

  1. Haha ok je design blog ko ni. Lagi simple lagi bagus sebenarnya. Apa pun teruskan menulis! Opss.. menaip.. :)

    ReplyDelete