Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru aku ucapkan kepada diri sendiri.
Ya. Memandangkan blog ni aku bukan ada orang baca sangat pun maka logikla ucapan kat atas tu.
Ya. Tahun 2012 sudah sebulan melabuhkan tirai. Sambutan tahun baru dan segala azam tahun baru sudah lama berlalu. Terpulang kepada individu sendiri juga sebenarnya. Cakapla ada 100 azam tahun baru sekalipun tapi jika sikap dan tindakan tak diubah serta dilaksanakan, azam hanya tinggal azam sahaja. Ah, cakap orang buat apa. Aku pula bagaimana? Tiada apa-apa azam tahun baru ke?
Jawapannya tiada. Memang aku tiada apa-apa azam untuk tahun ni.
Jadi kau nak jadi apa? Manusia yang hanyut dalam sungai kehidupan.? Buat kayuh-kayuh tangan untuk berenang daripada lemas dalam masalah pun tak? Memekik meminta pertolongan kepada orang yang ada di tebing penyelesaian pun tak mahu???
Sabar. Bukan begitu. Ya, memang aku cakap aku tak ada azam sebab apa yang aku ada untuk tahun baru ni adalah harapan. Sebetulnya, memang aku tak suka berazam. Biasanya benda yang aku azamkan tu tak berjaya dilaksanakan. Jadi, aku lebih suka berharap dan juga berusaha lah. Takkan berharap semata-mata. Itu bangang namanya. Ianya kelihatan agak sama tapi tak serupa. Apa perbezaan antara azam dan harapan sebenarnya ya? Fikirlah sendiri. Malas nak terangkan.
Okay, selesai soal azam dan tahun baru. Fuhh.. Lega sebab dah lepas pendahuluan. hehehe. Haa. Jangan juga kita lupa atau tak tahu. Kita sebagai muslim ada kalendar Hijriah. Dan kita sebenarnya lebih dahulu berada di tahun baru kalau mengikut takwin hirjriah berbanding kalendar Gregory. Harap2 buku catatan amalan lepas sudah dibuat pembetulan semampu mungkin. Juga buku amalan baru lebih aku jaga daripada catatan yang tidak baik.
Berbalik kepada kalendar Gregory. Bulan Januari bakal berakhir malam ni. Waktu aku menulis ni jam masih lagi belum pukul 12.01 minit. So kat sini masih belum masuk bulan Februari tapi kat Malaysia sudah pagi 1 Februari.
Sebut pasal Januari, aku nak imbas sikit apa peristiwa2 menarik berlangsung sepanjang bulan ni ;
Tengah malam 1 Januari- Macam biasa. Sambutan tahun baru. Kat sini aku tak tahu sambutan dia macam mana sebab aku malas nak ambil port pasal tu. Aku dan teman serumah menjalani kehidupan seperti biasa2 sahaja.
7 Januari- Tarikh lahir aku. Dapat ucapan daripada orang-orang yang disayangi, kawan-kawan alam nyata serta kawan-kawan alam maya (FB n Twitter). Oh ya. Hari tu aku bagi seluruh Mesir cuti umum. hahah.
Sudah tentu tak. Sebenarnya 7 Januari merupakan perayaan Krismas bagi penganut agama Kristian yang bermazhab Koptik. (aku baru tahu)
13-23 Januari- Ujian pertengahan semester (Midterm Examination). Untuk exam ni. Perancangan sebenarnya dah kira okay. Tapi aku pulak yang bermasalah. Tak berdisiplin tuk habiskan@ulangkaji buku2 subjek terlibat sebelum tarikh peperiksaan dekat. Akhirnya, semua jadi last minit. Akibatnya ada subjek yang aku terlebih study sangat dan ada yang tak sempat aku cover sepenuhnya. Tunggu result je lah nanti.
27 Januari- Pergi jalan2 ke Dumyat dengan ex-classmates masa tahun satu. Best jugakla walaupun letih. Sekurangnya lebih menyegarkan dan menyihatkan badan daripada duduk terperap je kat rumah. Pengajaran pun dapat bila berjalan2 ni. Kata orang jauh perjalanan luas permandangan.
27-31 Januari - Aku sebenarnya sedang bercuti. Winter Break selama 15 hari. Dari 14 Jan-8 Februari. Ada kawan2 yang pergi Europe, Umrah dan melawat tempat menarik sekitar Mesir. Aku sehari je pergi Dumyat pastu hari selebihnya tak tahu nak buat apa. heheh. Ah lantak lah diorang. Dah aku takda duit dan kesediaan nak kisah buat apa. Tapi 6-8 Feb ni mungkin turun Cairo kot. Pergi berkenal-kenalan dan berukhuwwah. :p
Itu lah kisahnya tuk bulan Januari nih.
Tammat.

azam dengan harapan, perkataan azam tu lebih nampak bersemangat sikit berbanding harapana. harapan ni mcm harap jee. azam sekali dengan usaha. ye lahh kot. haha
ReplyDeleteGitu ek?
ReplyDeleteBagi aku, harapan lebih besar dan bermakna sebab harapan boleh dilihat dari konteks lebih besar dan tak melibatkan diri sendiri sahaja.
Contoh: Awang lah satu2nya harapan Mak Temah untuk mencari rezeki buat mereka berdua.
Manakala azam pulak lebih kepada perkara2 yg kita buat untuk diri sendiri. Selalunya aku akan fail kalau bab berazam ni. Untuk diri sendri kekadang aku tak berapa komited dlm melakukan apa-apa perkara. Mesti kena ada dorongan ataupun benda tu akan beri kesan negatif/positif kepada org lain baru lah aku rasa diri ni jadi dah 'harapan' terus aku bersemangat dan cuba melakukan terbaik.
Entahlah. Aku pun tak faham dengan diri aku. Adakah aku hidup untuk orang lain? Or am I having a dependent personality disorder?